18 June 2016

Kenyataan Media PKAUM

PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA (PKAUM)
Rumah Universiti, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Tel: 03 -79677077
email: pkaum@um.edu.my    
Rujukan Kami : 006/PKAUM/14/16
Tarikh   : 17 JUN 2016
 
KENYATAAN MEDIA PKAUM

Beberapa penyelidik UM telah dituduh melakukan pengubahan kepada keputusan penyelidikan mereka di dalam beberapa penerbitan penyelidikan mereka (http://retractionwatch.com/2016/06/10/author-denies-accusations-of-blatantduplication/#more-41100). Lebih tepat lagi, mereka dituduh melakukan pengubahan imej pada keputusan penyelidikan mereka. PKAUM merasa amat gusar dengan pertuduhan ini.

Jika dakwaan itu terbukti benar, ianya adalah amat memalukan, bukan sahaja terhad kepada penulis yang tertuduh tetapi turut memberikan kesan yang negatif kepada reputasi Universiti Malaya. Manipulasi keputusan penyelidikan dianggap satu kesalahan yang amat serius dalam bidang akademik. Walau bagaimana pon, jika dakwaan tersebut didapati tidak berasas, tindakan susulan perlu diambil ke atas penuduh.

Melalui penubuhan panel penyiasatan seperti diumumkan, PKAUM menggesa pengurusan Universiti Malaya untuk menyiasat dakwaan tersebut dengan teliti serta telus. Nama baik mana-mana pihak yang tidak bersalah perlu dibersihkan. Pihak yang bersalah perlu didedahkan dan diberikan hukuman yang setimpal. Mudah-mudahan tindakan ini membawa keadilan kepada semua  dan mengembalikan kredibiliti kepada Universiti Malaya yang dicintai.  
 
Aznijar Bin Ahmad Yazid
Setiausaha PKAUM Sessi 14/16


PKAUM MEDIA STATEMENT  

A number of researchers affiliated with the University of Malaya has been accused of manipulating their research results in few publications (http://retractionwatch.com/2016/06/10/author-denies-accusations-of-blatantduplication/#more-41100). To be more precise, they were accused of duplication of images for their result. PKAUM view this with great concern. 

If the allegations are proven true, it would mean a great shame, not only limited to the authors but also impacts the University of Malaya. Manipulation of result is considered a major academic offence, a travesty in the noble profession. However, if the allegations are proven false, actions need to be initiated against the accuser. 

With the formation of an inquiry panel announced, PKAUM urges the management of the University of Malaya to investigate the allegations thoroughly and without favours. The good names of any innocent parties must be restored. Any guilty ones should be exposed and punished. Hopefully this action would restore justice and brings back some credibility to the blessed and beloved University of Malaya.      

Aznijar Bin Ahmad Yazid  
PKAUM Session 2014/16 Secretary

No comments:

Post a Comment

Please provide your name and affiliation