23 July 2021

CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENGURUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

 


Kenyataan Media

21 Julai 2021

 

 

CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM PENGURUSAN

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

 

GERAK merujuk kepada surat terbuka Persatuan Staf Akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (PSA UniSZA) bertarikh 18 Julai 2021 mengenai arahan penahanan tugas naib canselor UniSZA oleh pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA.

 

GERAK menyokong saranan yang dibuat oleh PSA UniSZA agar semua pihak bertindak mengikut lunas undang-undang, terutamanya Perlembagaan UniSZA. Tidak ada pihak yang boleh bertindak melebihi undang-undang.

 

GERAK hairan mengapa tidak ada lantikan pemangku naib canselor. Sesebuah universiti tidak patut dibiarkan beroperasi tanpa seorang ketua.

 

Merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, kuasa perlantikan naib canselor sesebuah universiti awam terletak kepada Menteri Pengajian Tinggi. Maka, kepada dialah kuasa untuk menahan kerja atau menamatkan perkhidmatan seseorang naib canselor. Tidak ada individu lain yang mempunyai kuasa yang sama. Pihak lain tidak patut buat keputusan menahan kerja seseorang naib canselor, hingga menganggu pengurusan sesebuah universiti.

 

Episod ini merupakan kesinambungan kepada beberapa episod yang menunjukkan campurtangan pihak luar di dalam pengurusan universiti. Autonomi universiti, kebebasan akademik dan kesepakatan (collegiality) langsung tidak dihormati.

 

Dalam bulan Jun 2021 sahaja, antara tajuk berita yang menunjukkan perlekehan autonomi universiti adalah:

 

a)     Pelajar perubatan dakwa tak dibenar duduki peperiksaan (Berita Harian, 14 Jun 2021)

 

b)     Minister accuses UM of taking matters into own hands by barring medical student who refused Covid-19 jab from exam (Malay Mail, 15 Jun 2021)

 

c)     Lantikan politik jejaskan wibawa, imej universiti (Malaysiakini, 23 June 2021)

 

Ekoran dari ini, GERAK menuntut semua pihak agar menghayati dan menghormati konsep-konsep autonomi universiti, kebebasan akademik dan kesepakatan, agar segala operasi universiti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ini termasuk pihak luar yang nampaknya teringin berkuasa di dalam universiti.

 

Kecemerlangan sesebuah universiti tidak hanya begantung kepada penarafan dunia yang diperolehinya. Kecemerlangan universiti juga bergantung kepada tahap autonomi universiti dan kebebasan akademik di sesebuah universiti.

 

 

MAJLIS KERJA GERAK

(GERAK EXECUTIVE COUNCIL)

21 Julai 2021

 

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827792/pelajar-perubatan-dakwa-tak-dibenar-duduki-peperiksaan 

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/06/15/minister-accuses-um-of-taking-matters-into-own-hands-by-barring-medical-stu/1982426 

https://www.malaysiakini.com/news/580097

 

No comments:

Post a Comment

Please provide your name and affiliation