16 April 2010

Cadangan untuk Kriteria Kenaikan Pangkat Profesor

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan satu kumpulan pakar bagi penyediaan garis panduan standard untuk perlantikan profesor di IPT. Kumpulan pakar tersebut telah memberi perbentangan mengenai draf garis panduan kepada ahli-ahli Majlis Kerja GERAK di Putrajaya pada 22 Februari 2010.

GERAK menyokong baik usaha murni ini untuk menambahbaik cara perlantikan profesor dengan mengadakan satu standard minimum. Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan ini, mertabat para profesor dan akademik, amnya akan dapat ditingkatkan.

GERAK juga menyokong KPT menetapkan standard minimum dan setiap IPT menentukan standard masing-masing yang lebih tinggi. Ini selaras dengan konsep autonomi universiti.

......................... untuk bacaan lanjut, sila ke:

http://blogakademikmalaysia.blogspot.com/p/maklumbalas-terhadap-cadangan-kpt.html

3 comments:

  1. Itu sebab kita kena push untuk H-index atau G-index yang menilaikan paper kita dan bukan impact factor yang menilaikan jurnal. Bagaimanapun ini akan memerlukan adanya badan yang mengindex jurnal tempatan yang tiada pada masa ini. Perpustakaan Negara atau perpustakaan universiti patut memulakannya. Sementara itu kita kena kumpul sendiri maklumat paper orang lain yang cited paper kita, terutama mereka dari bidan sastera dan kemanusian yang banyak menulis dalam jurnal tempatan.

    rhm


    Assoc. Prof. Dr. Shuhana Binti Shamsuddin:
    Saya dengar ura-ura bahawa utk lantikan professor perlu ada cumulative impact factor sebanyak 15. Jika ini menjadi kenyataan maka masa depan ahli akademik dalam beberapa bidang sains sosial, sastera, seni, kemanuasiaan dan alam bina akan menjadi gelap kerana bidang-bidang ini memang agak terhad jurnal yang mempunyai impak faktor dan kalau ada pun sangat kecil nilainya. Harap GERAK dapat membela nasib mereka yang bukan dalam bidang sains dan kejuruteraan agar kriteria naik pangkat ini tidak menyebelah kepada bidang tertentu sahaja sementelah universiti sekarang ini taksub dengan ranking dan mendapat status universiti sehingga jurnal impact factor menjadi umpan untuk pensyarah naik pangkat.

    ReplyDelete
  2. Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh, UTM KLTuesday, 20 April, 2010

    Terima kasih atas usaha tersebut.

    Namun perlu diingat bahawa nasib rakan2 di DS45 yang tiada PhD dan rakan DS45 yang tak mahu ambil PTK masih belum terbela.

    Seperti yang pernah saya cadangkan dulu PTK tidak sepatutnya digunapakai (syarat) untuk kenaikan pangkat tetapi boleh diguna untuk pergerakan (anjakan) gaji.

    Mereka lebih ramai berbanding yang hendak mengejar "professor". Sila baca Berita Harian hari ini 20 April 2010 di MS 30 (Naik Pangkat Secara KUP).

    Wassalam.

    Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh

    ReplyDelete
  3. Saya telah lama tinggalkan dunia akademik. Namun saya ada beberapa komen ttg maklumbalas thdp syor KPT:

    1. Penerbitan -- tidak ada "one size fits all": bidang sains berbeza dgn bidang sastera dan kemasyarakatan. Dalam bidang sains, susun-atur penulis adalah petunjuk kpd peranan masing-masing. Tidak begitu di dlm bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan

    Berkenaan "impact factor" serta "citation": ini perlu ditangani dgn berhati-hati. Misalnya, World Development Report agak penting di dalam bidang ekonomi pembangunan dan adalah satu rujukan asas. Akan tetapi, menurut Google Scholar, "hits" bagi tajuk umum itu kurang drpd 7,000. Teruk lagi dgn laporan UN/ESA "Report on the World Social Situation" (RWSS): menurut Google Scholar, "hits" kurang daripada 700.

    2. Ke-antarabangsaan -- kenapa cuti sabatikal, cuti penyelidikan luar negara dianggap sbg satu faktor penting, sekiranya tujuan kita ialah utk pertingkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan dlm negeri? Masa lepas, kita dapati bahawa sebilangan penting penerbitan muncul drpd cuti sabatikal atau cuti penyelidikan di luar negara, sementara hampir tiada penerbitan langsung semasa di dalam negara -- bukankah ini satu petunjuk akan ketidakmampuan menjalankan atau melaksanakan penyelidikan di dalam negara?

    Berkenaan perkara ini: memandangkan ada hasrat mengembangkan rantau ini, mungkin "collaboration" yg harus diutamakan ialah "collaboration" se rantau. Pada zaman sekarang, ini lebih mungkin daripada masa lampau, samada di dalam bidang sains atau sastera/kemasyarakatan.

    3. Berkenaan penerbitan, pembentangan, prosiding sbgnya -- tidak harus ada "double counting".

    4. Penyeliaan di peringkat "post-grad": mungkin lebih baik drpd bilangan, hitung penerbitan and hasil lain ekoran drpd penyeliaan. Kini, saya kerap baca bahawa seseorang akademik telah menyelia ratusan post-grad. Sekiranya ini di dlm konteks kumpulan makmal yg terdiri daripada beberapa akademik serta post-doc, mungkin boleh jadi. Tetapi, bagi seorang individu??? Lebih-lebih lagi jika ratusan post-grad ini menjalankan penyelidikan mereka di dlm berbagai bidang, dan bukan sekitar satu tema penyelidikan.

    Khay Jin

    ReplyDelete

Please provide your name and affiliation