12 April 2016

LAPORAN TAHUNAN GERAK

LAPORAN TAHUNAN
PERGERAKAN TENAGA AKADEMIK MALAYSIA
TAHUN 2015




1)  Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Tahunan GERAK bagi tahun 2015 telah diadakan pada 27 Mac 2015 di Bilik PKAUM, Rumah Universiti, Universiti Malaya. Mesyuarat ini adalah tertangguh dari tarikh asal pada 27 Januari 2015. Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2014 ada diedarkan bersama laporan ini.

2) Majlis Kerja Pergerakan

Ahli-ahli Majlis Kerja Pergerakan untuk sesi 2015/2017 adalah seperti berikut:
                       
                        Pengerusi:                                 Sdr. Wan Manan Wan Muda, USM
                        Timbalan Pengerusi:                   Sdr. Zaharom Nain, Nottingham
Setiausaha Agung:                     Sdr. Rosli Mahat, UM
Timbalan Setiausaha Agung:      Sdr. Robert Jeyakumar, MMU
Bendahari:                                 Sdr Aznijar Ahmad Yazid, UM
Ahli Majlis:                                 Sdr. Omar Shawkataly, USM
Ahli Majlis:                                 Sdri. Sharifah Sophia Wan Ahmad, UNIMAS
Ahli Majlis:                                 Sdr. Maimuna Hamid Merican UM
Ahli Majlis:                                 Sdr Mohamed Aslam Haneef, IIUM
Ahli Majlis:                                 Sdri. Nor Faridah Abdul Manaf, IIUM
Ahli Majlis:                                 Sdri. Ngo Sheau Shi, USM
Wakil PPAU                               Sdri. Yuwana Podin
Juruaudit:                                  Sdri. Lai Suat Yan, UM
Juruaudit:                                  Sdr. Por Lip Yee, UM
                       
Perbincangan mengenai perjalanan GERAK telah dibuat melalui perhubungan email dan telefon dari kalangan ahli-ahli majlis. Ini kerana masalah logistik dan perbelanjaan yang besar untuk kerap mengadakan mesyuarat bersemuka.

Satu mesyuarat majlis secara bersemuka telah diadakan di rumah setiausaha pada 26 Ogos 2015.


3)   Keahlian Individu

Bilangan ahli GERAK pada 31 Disember 2015 ialah 223 (2014:208) orang yang terdiri dari 187 (2014:179) orang ahli biasa dan 36 (2014:29) orang ahli seumur hidup. Bagaimanapun bilangan ahli berbayar ialah hanya 47 (2014:35) orang sahaja yang terdiri dari 11 (2014:6) orang ahli biasa dan 36 (2014:29) orang ahli seumur hidup.

4)   Keahlian Koporat

Persatuan Pegawai Akademik UNIMAS (PPAU) merupakan ahli koperat pertama GERAK mulai 11 Mac 2015. Wakil PPAU ke Majlis Kerja GERAK ialah setiausahanya, sdri Yuwana Podin.

Ahli koporat kedua ialah Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbir USM (PKAPUSM) yang menjadi ahli mulai 1 Januari 2016. Wakil PKAPUSM masih belum dilantik.

  
5)   Education International

GERAK masih kekal sebagai ahli Education International (EI). Aktiviti EI yang GERAK terlibat dalam tahun 2015 adalah:

a)     7th. EI World Congress, Ottawa, Canada, 21-26 Julai 2015
Wakil GERAK: Sdr Robert Jeyakumar

b)    Sub-Regional Workshop of the Teacher’s Migration and Social Protection, Kuala Lumpur, 29 September – 1 Oktober 2015. Anjuran bersama EI dan Friedrich Ebert Stiftung (FES).
Wakil GERAK: Sdr Robert Jeyakumar

c)     Workshop on ASEAN Women Network-Asia Pacific To Promote and Prioritize Young Men and Women Leaders within the Union and Education”, Kuala Lumpur, 5-6 November 2015
Wakil GERAK: Aznijar Ahmad Yazid dan Alicia Izharuddin (UM)


6)   Aktiviti luar

a)     MELTA National Colloquium on Standards and Quality in English language Education in Malaysia, Sri Kembangan, 25 April 2015
Wakil GERAK: Zaharom Nain

b)    Awareness Raising Activity on the Draft of ASEAN Agreement on the Promotion and Protection of the Rights of Workers, Kuala Lumpur, 27 Ogos 2015.
Anjuran ASEAN Services Employees Trade Unions Council (ASETUC)
Wakil GERAK: Rosli Mahat

c)     Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD), USA
GERAK telah diberi keahlian percuma selama dua tahun untuk dua orang ahli GERAK. Ahli GERAK yang menjadi ahli ASCD ialah  Sdri. Junedah Sanusi (UM) dan Sdri. Ting Su Hie (UNIMAS)


7)   Kenyataan Media

a)     GERAK telah mengeluarkan tiga kenyataan media mengenai pendakwaan dibawah Akta Hasutan keatas presiden PKAUM, Sdr Azmi Sharom. Kenyataan-kenyataan tersebut bertarikh:

           i.    7 Oktober 2015
          ii.    14 Disember 2015 (bersama dengan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya)
         iii.    19 Disember 2015

b)    Pada 16 Mei 2015, GERAK telah juga mengeluarkan satu kenyataan media membantah pembatalan tiga forum di universiti:

           i.    The Great Debate Series 2: Everything in Moderation - Ways of Living Together, 29 April 2015, UIAM
          ii.    Forum Industri Penerbitan Buku, 13 May 2015, UM
         iii.    Forum Goods and Service Tax (GST), 13 May 2015, UIAM

Teks kesemua kenyataan media tersebut boleh didapati dari blogakademikmalaysia.




No comments:

Post a Comment

Please provide your name and affiliation