08 January 2012

Peristiwa Tahun Baru 2012 di UPSI

Kenyataan Media 6 Januari 2012


GERAK ingin merakamkan rasa terkejut dan sedih akan peristiwa pertelingkahan antara pelajar dan polis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada dini hari tahun baru 2012. GERAK merasa sangat kesal akan pengaliran darah dalam peristiwa tersebut.

Berbagai tuduhan dan tomahan telah dilancarkan terhadap para pelajar dan anggota polis yang terlibat sehinggakan susah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar. Para pelajar menuntut hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan konvensyen antarabangsa. Pihak polis pula dikatakan mengguna kuasa untuk menjaga keamanan.

GERAK menuntut ditubuhkan satu suruhanjaya siasatan diraja (Royal Comission Of Inquiry) untuk menyiasat peristiwa Tahun Baru 2012 di UPSI. Selain dari mencari kebenaran dalam peristiwa tersebut, hak pelajar dan kuasa polis harus juga dikaji semula dan diperhalusi. Ini agar semua pihak menjadi arif terhadap hak dan kuasa masing-masing. Peristiwa sebegini tidak patut diulangi lagi.

GERAK juga menuntut SUHAKAM mengadakan satu siasatan awam (public inquiry) terhadap peristiwa ini.

Bagi pihak GERAK,

Prof Madya Rosli H Mahat
Setiausaha Agung
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)