31 March 2016

Mesyuarat Agung Tahunan GERAK, Tahun 2016

Kepada semua ahli GERAK

Mesyuarat Agung Tahunan GERAK, Tahun 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Gerak yang dijadualkan pada 25 Mac 2016 tidak dapat dijalankan kerana kekurangan korum. Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan semula pada hari Isnin 11 April 2016 mulai jam 4.00 ptg di Bilik PKAUM, Rumah Universiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.     Perbentangan Minit Mesyuarat Agung 2015

2.     Perkara berbangkit
3.     Perbentangan Laporan Tahunan 2015
4.     Perbentangan Laporan Kewangan 2015
5.    Perbincangan Aktiviti 2016
7.     Hal-hal lain.

Permohonan ahli baru boleh diterima sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Datanglah beramai-ramai untuk menjadi ahli GERAK serta menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan. Sama-samalah kita berjuang untuk kebajikan para akademik dan penyelidik serta untuk hak dan kebebasan akademik.

Sekian dengan ucapan terima kasih.

Salam
Rosli H Mahat
Setiausaha