LAPORAN
TAHUNAN
PERGERAKAN
TENAGA AKADEMIK MALAYSIA
TAHUN
2015
1) Mesyuarat Agung
Mesyuarat Agung Tahunan GERAK bagi tahun 2015
telah diadakan pada 27 Mac 2015 di Bilik PKAUM, Rumah Universiti, Universiti
Malaya. Mesyuarat ini adalah tertangguh dari tarikh asal pada 27 Januari 2015. Minit
Mesyuarat Agung Tahunan 2014 ada diedarkan bersama laporan ini.
2) Majlis
Kerja Pergerakan
Ahli-ahli Majlis
Kerja Pergerakan untuk sesi 2015/2017 adalah seperti berikut:
Pengerusi: Sdr. Wan Manan
Wan Muda, USM
Timbalan Pengerusi: Sdr. Zaharom Nain, Nottingham
Setiausaha
Agung: Sdr. Rosli
Mahat, UM
Timbalan
Setiausaha Agung: Sdr. Robert
Jeyakumar, MMU
Bendahari: Sdr Aznijar
Ahmad Yazid, UM
Ahli
Majlis: Sdr.
Omar Shawkataly, USM
Ahli
Majlis: Sdri.
Sharifah Sophia Wan Ahmad, UNIMAS
Ahli
Majlis: Sdr.
Maimuna Hamid Merican UM
Ahli
Majlis: Sdr
Mohamed Aslam Haneef, IIUM
Ahli
Majlis: Sdri.
Nor Faridah Abdul Manaf, IIUM
Ahli
Majlis: Sdri.
Ngo Sheau Shi, USM
Wakil
PPAU Sdri.
Yuwana Podin
Juruaudit: Sdri. Lai Suat
Yan, UM
Juruaudit: Sdr. Por Lip
Yee, UM
Perbincangan mengenai perjalanan GERAK telah
dibuat melalui perhubungan email dan telefon dari kalangan
ahli-ahli majlis. Ini kerana masalah logistik dan perbelanjaan yang besar untuk
kerap mengadakan mesyuarat bersemuka.
Satu mesyuarat
majlis secara bersemuka telah diadakan di rumah setiausaha pada 26 Ogos
2015.
3) Keahlian Individu
Bilangan ahli
GERAK pada 31 Disember 2015 ialah 223 (2014:208) orang yang terdiri dari 187 (2014:179)
orang ahli biasa dan 36 (2014:29) orang ahli seumur hidup. Bagaimanapun
bilangan ahli berbayar ialah hanya 47 (2014:35) orang sahaja yang terdiri dari
11 (2014:6) orang ahli biasa dan 36 (2014:29) orang ahli seumur hidup.
4) Keahlian Koporat
Persatuan Pegawai
Akademik UNIMAS (PPAU) merupakan ahli koperat pertama GERAK mulai 11 Mac 2015.
Wakil PPAU ke Majlis Kerja GERAK ialah setiausahanya, sdri Yuwana Podin.
Ahli koporat
kedua ialah Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbir USM (PKAPUSM) yang menjadi ahli mulai 1 Januari 2016. Wakil
PKAPUSM masih belum dilantik.
5) Education International
GERAK masih kekal
sebagai ahli Education International (EI). Aktiviti EI yang GERAK terlibat dalam
tahun 2015 adalah:
a) 7th. EI World Congress, Ottawa, Canada, 21-26 Julai 2015
Wakil GERAK: Sdr Robert Jeyakumar
b)
Sub-Regional
Workshop of the Teacher’s Migration and Social Protection, Kuala Lumpur, 29
September – 1 Oktober 2015. Anjuran bersama EI dan Friedrich Ebert Stiftung
(FES).
Wakil GERAK: Sdr Robert Jeyakumar
c)
Workshop on ASEAN Women Network-Asia Pacific “To Promote and Prioritize Young Men and Women Leaders within the Union
and Education”, Kuala Lumpur, 5-6 November 2015
Wakil GERAK: Aznijar Ahmad Yazid dan Alicia
Izharuddin (UM)
6) Aktiviti luar
a)
MELTA National Colloquium on Standards and
Quality in English language Education in Malaysia, Sri Kembangan, 25 April 2015
Wakil GERAK: Zaharom Nain
b)
Awareness Raising Activity on the Draft of
ASEAN Agreement on the Promotion and Protection of the Rights of Workers, Kuala
Lumpur, 27 Ogos 2015.
Anjuran ASEAN Services Employees Trade Unions Council
(ASETUC)
Wakil GERAK: Rosli Mahat
c)
Association for Supervision and Curriculum
Development (ASCD), USA
GERAK telah diberi keahlian percuma selama dua tahun untuk dua orang
ahli GERAK. Ahli GERAK yang menjadi ahli ASCD ialah Sdri. Junedah Sanusi (UM) dan Sdri. Ting Su Hie (UNIMAS)
7) Kenyataan Media
a) GERAK telah mengeluarkan tiga kenyataan media mengenai pendakwaan dibawah
Akta Hasutan keatas presiden PKAUM, Sdr Azmi Sharom. Kenyataan-kenyataan
tersebut bertarikh:
i. 7 Oktober 2015
ii. 14 Disember 2015 (bersama dengan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti
Malaya)
iii. 19 Disember 2015
b) Pada 16 Mei 2015, GERAK telah juga mengeluarkan satu kenyataan media membantah
pembatalan tiga forum di universiti:
i. The Great Debate
Series 2: Everything in Moderation - Ways of Living Together, 29 April 2015,
UIAM
ii. Forum Industri
Penerbitan Buku, 13 May 2015, UM
iii. Forum Goods and
Service Tax (GST), 13 May 2015, UIAM
Teks kesemua kenyataan
media tersebut boleh didapati dari blogakademikmalaysia.