PERGERAKAN TENAGA AKADEMIK MALAYSIA (GERAK)
MALAYSIAN ACADEMIC MOVEMENT (MOVE)
GERAK telah didaftarkan pada tahun 1993 dengan tujuan-tujuan berikut:
1. Melaksanakan apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan ahli-ahli akademik, dan persatuan-persatuan akademik serta memupuk perpaduan tenaga akademik di seluruh negara.
2. Melindungi hak-hak dan kepentingan ahli-ahli pertubuhan ini.
3. Memperjuangkan kebebasan akademik dan autonomi institusi pengajian tinggi.
4. Memupuk suasana yang boleh menggalakkan ke arah kecemerlangan akademik.
5. Memupuk kerjasama di kalangan tenaga akademik di dalam dan di luar negeri.
6. Mengelola dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan akademik dan sosial demi menegakkan keamanan, demokrasi, nilai-nilai mumi sejagat dan hak asasi manusia.
KEANGGOTAAN DAN KEAHLIAN
Terdapat tiga jenis keahlian:
a. Ahli Biasa: Kakitangan akademik penuh masa yang bertugas di lnstitusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
b. Ahli Bersekutu: Bekas ahli akademik, para penyelidik, karyawan dan kakitangan akademik kunjungan.
c. Ahli Seumur Hidup: Kakitangan akademik penuh masa yang bertugas di lnstitusi¬-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Keahlian ini akan berterusan walaupun kakitangan akademik tersebut telah bersara atau berhenti dari menjadi kakitangan sepenuh masa.
YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
Yuran masuk: Tiada
Yuran Tahunan
Ahli Biasa - RM 15.00
Ahli Bersekutu - RM 15.00
Ahli Seumur Hidup - RM 250.00 (sekali bayaran)
Bayaran boleh dibuat dengan salah satu cara berikut:
1) Deposit ke dalam akaun CIMB No: 0709-0005793-05-0. Poskan slip deposit bersama borang permohonan kepada Setiausaha Agung GERAK.
2) Cek atas nama, “Pergerakan Tenaga Akademik” dan diposkan bersama borang permohonan kepada Setiausaha Agung GERAK.
3) Bayaran tunai kepada Setiausaha Agung GERAK.
SDR. ROSLI H. MAHAT, SETIAUSAHA AGUNG
PERGERAKAN TENAGA AKADEMIK MALAYSIA
Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur