04 March 2010

Cadangan KPT untuk Baseline bagi Kenaikan Pangkat Profesor IPT Malaysia

KPT telah meminta pandangan GERAK mengenai kriteria kenaikan pangkat profesor. KPT ingin mencadangkan syarat minimum (baseline) untuk kenaikan pangkat profesor IPTA dan IPTS. Tolong beri cadangan dan pandangan rakan-rakan mengenai isu ini sebelum pertengahan bulan Mac ini.
Antara persoalannya:
1) Apakah kriteria yang perlu digunakan dan apakah pemberatannya?
2) Apa standard yang diperlukan dan apakah kesannya terhadap autonomi universiti?
3) Bolehkah distandardisedkan bagi semua bidang dan semua IPT?
3) Bagaimana pula bagi perlantikan Distinguished Professor dan Emeritus Professor?

4 comments:

  1. Aassalmualaikum,

    Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan syarat kenaikan pangkat ini. Secara amnya kita patut gunakan sistem point.
    Katakan kita perlu untuk profesor 50 point. Kemudian kita tentukan point bagi setiap aktiviti yang wajar dipertimbangkan untuyk kenaikan pangkat itu, misalnya hasilkan seorang pelajar PhD, 5 point. Sistem point ini akan cepat dilihat selain daripada bilangan jurnal dan sebagainya. Saya cadangkan begini kerana kekuatan seseorang staf berbeza. Ada orang baik dalam research, ada orang baik dalam penulisan artikel dan sebagainya.
    Dengan cara ini aspek yang lemah itu dapat di cover dengan kekuatan lain.
    Kemudian ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan khususnya bagi pensyarah Matematik. Staf matematik sukar untuk hasilkan artikel. Jadi mesti ada suatu faktor scaling di situ. Lagi satu bagi staf matematik
    tulin/matematik lain juga, agak sukar untuk dapatkan geran yang lebih daripada 50k. Di sini perlu diberi kelonggaran. Katakan lima geran cukup, tidak perlu nilainya berapa banyak. Saya berpendapat untuk kenaikan Prof C
    ini tidak perlu ketat sangat, jadi 20% daripada penerbitan jurnbal ISI itu cukup berat. Mungkin index oleh scorpus sahaja sudah memadai. Kemudian saya lihat konsultansi perlu lima. Kalau matematik saya perhatikan yang sudah dilantik Profesor 10 tahun pun tidak ada konsultansi. Mana mungkin
    ini diletakkan syarat untuk kenaikan Prof C. Cuba lihat/buat kajian sedikit ke atas prof kita sekarang ini khususnya matematik, yang ada konsultansi.
    Saya nampak kerjaya pensyarah ini cukup tidak menarik, kerana gaji DG45 lebih tinggi daripada DS45, DG54 lebih tinggi daripada DS54. Guru DG54 tu, belajar ijazah pertama sahaja! Mana mungkin skim macam ini, yang
    belajar dapat PhD, kenaikan pangkatnya ketat sekali.
    Itu cadangan...perlu lihat balik.
    T kasih

    Dr Haji Mustafa bin Mamat
    Head
    Department of Mathematics
    Universiti Malaysia Terengganu

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wrt. wbt. Semua,

    Setelah menghadiri taklimat dari KPT mengenai 'qualifications of Professor' yang ingin di jadikan satu template umum dipakai oleh semua, dan setelah membaca komen dari rakan-rakan yang telah buat komen, saya harap kita semua dalam akademikmalaysia bersatu dalam isu ini.

    Kalau KPT ingin adakan 'standard' yang di pakai umum, ia perlu realistik. 'Effective date' standard yang di implementasi pun perlu lah adil.

    1. Di UIAM, standard kita di Kulliyyah Ekonomi adalah 15 article (accumulative) . Ini pun merupakan standard yang lebih tinggi dari standard yang di beri oleh pihak UIAM (dari segi markah, perlu ada 12, wlaupun pensyarah di nasihati supaya ada lebih). Biarlah akademikmalaysia bersatu dalam pendirian kita bahawa IPTA dan IPTS (ini yang mungkin lagi problem) set standard masing-masing. Kita tak boleh ambil standard UM, USM dan UPM dan apply kepada semua IPTA. Dulu dalam perbincangan kita dalam BISA 3 dan banyak perjumpaan, kita sudah setuju. Biar kita konsisten dalam isu ini.

    2. Yang kedua, apa-apa syarat baru yang di gubal perlu di implementasi kepada pensyarah baru yang belum masuk skim perkhidmatan supaya mereka tahu apa yang di perlukan sebagai pensyarah.

    Adalah begitu tidak adil sekiranya ada Prof. Madya yang sudah ada 12 atau 15 makalah, tetapi tiba-tiba di suruh tambah 5-8 lagi. Sekiranya KPT kata syarat ini tidak akan di 'back date' (kerana takut mungkin ramai VC, DVC dan Professor yang ada tak layak), ia juga tidak patut di kenakan keatas mereka yang sudah ada target Universiti masing-masing (mungkin 10, 12, 15 etc). Apply only to new staff. Saya rasa dengan adanya pertambahan dalam kelayakan bagi sesetengah IPTA (tanpa ada improvement dalam skim perkhidmatan dan kurangnya tenga pensyarah baru yang 'excellent') , 'raising the bar' akan hanya demoralize staff yang ada. Lagi susah untuk kita dapat academik yang berwibawa.

    Aslam
    UIAM

    ReplyDelete
  3. Untuk makluman rakan-rakan, beberapa tahun lepas beberapa persatuan akademik IPTA telah mengambil pendirian bahawa setiap universiti mesti diberi kebebasan untuk menentukan standard bagi kenaikan pangkat pensyarahnya. Ini berlandaskan kepada keperluan autonomi universiti. Bagaimanapun kita tidak ada halangan sekira mana-mana pihak hendak menentukan standard minimum. Jadi cadangan KPT untuk menentu baseline kenaikan pangkat professor tidak bercanggah dengan pendirian kita ini.

    Jika ada sebuah IPTS yang ingin melaksanakan standard yang tinggi untuk kenaikan pangkat, ianya bebas untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi.

    Bagi IPTA, ianya mungkin menimbulkan sedikit masalah. Skim gaji pensyarah adalah sama bagi semua IPTA. Sesebuah IPTA tidak boleh tawarkan gaji yang lebih tinggi jika ia hendak gunakan standard yang lebih tinggi. Ianya nampak tidak adil jika setiap IPTA mengunakan syarat dan stadard yang berbeza tapi semua sama gaji. Untuk membolehkan setiap IPTA mempunyai standard yang berlainan, setiap IPTA mesti mempunyai skim saraan/gaji sendiri yang berbeza diantara yang lain.

    Selagi kita ada hanya satu skim saraan untuk semua IPTA, standard antara IPTA tidak boleh banyak berbeza. Jadi bukan saja ada baseline (minimum), tapi juga kena ada cap (maximum) kepada standard kenaikan pangkat. Mungkin maximum cap sama dengan 130% baseline.
    Memandangkan ini adalah untuk kenaikan pangkat profesor, ianya tidak patut ada konflik antara universiti lama dengan universiti baru atau antara RU dan non RU. Kenaikan pangkat adalah untuk mereka yang telah lama berkhidmat 15-25 tahun. Cukup masa untuk catch-up.

    Any comment?
    rhm

    ReplyDelete
  4. Mohd Zaini MustapaWednesday, 17 March, 2010

    Assalamualaikum warahmatullah & Selamat Sejahtera

    Tuan,

    Saya ingin memberi cadangan dan pandangan mengenai kriteria kenaikan pangkat profesor. Saya cadangkan supaya diberi kelonggaran atau kesetaraan bagi universiti yang baru dan jauh dari bandar besar. Sebagai contoh, bagi bilangan pelajar PhD yang telah bergraduat (lengkap) diberi kesetaraan 2 pelajar Master untuk 1 PhD ( 1 PhD = 2 Master ).

    Ini adalah kerana bagi universiti yang baru dan jauh dari bandar, amat susah atau sukar untuk mendapat pelajar PhD. Ini mungkin disebabkan mereka telah mendapat kerja dan mendaftar di universiti telah lama dan terletak di bandar besar.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Please provide your name and affiliation