14 November 2011

Forum Kebebasan Akademik di Malaysia

Masa: Selasa, 1 November 2011 mulai 8.30 malam
Tempat: Bilik Wau, Rumah Universiti, Universiti Malaya

Anjuran Bersama:
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
International Islamic Univesity Malaysia Academic Staff Association (IIUMASA)
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)

Aturcara:
1) Pengenalan kepada kebebasan akademik - Prof Madya Rosli H Mahat
2) Forum Kebebasan Akademik di Malaysia

Ahli Panel:
Prof Wan Manan Wan Muda (USM)
Dato Dr Denison Jayasooria (UKM)
Prof Madya Zaharom Naim (Nottingham U)
Mohd Zaki Sukery (GAMIS)

3 comments:

  1. Some reports on the forum

    http://www.malaysiakini.com/news/180266

    http://www.malaysiakini.com/news/180267

    http://www.malaysiakini.com/news/180296

    http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/02/kebebasan-akademik-hanya-mitos/

    ReplyDelete
  2. Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

    Tidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.

    Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.

    Jika nak berpolitk perlulah beerdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
    Mungkin kot beliau pun menyedari bahawa masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya, Cuma cepat atau lambat.

    ReplyDelete
  3. http://www.sahabat-gunung.com/2011/10/jangan-cakap-tak-serupa-bikin-bela-aziz.html
    Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti
    Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.
    “Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
    Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
    Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.
    “Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.
    “Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.
    “Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

    ReplyDelete

Please provide your name and affiliation