20 August 2016

Kaji semula skim perkhidmatan pensyarah dan guru

Saya merujuk kepada berita dan Bisik-Bisik Awang Selamat (Utusan 13 Julai 2016) mengenai ucapan timbalan perdana menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2016 baru-baru ini di Bagan Datoh.

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) menyambut baik sarana Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya skim perkhidmatan para pendidik diletakkan pada paras lebih tinggi dari apa yang ada sekarang. GERAK amat setuju kedudukan para pendidik dikembalikan ke kedudukan lebih tinggi dan terhormat di pasada masyarakat seperti dahulu.

Semua pendidik yang terdiri dari guru di peringkat sekolah hingga pensyarah di peringkat universiti, memain peranan membentukkan para pemimpin dan profesional untuk masa akan datang. Para pendidik memang layak diberi imbuhan yang lebih tinggi dari apa yang mereka dapat sekarang.

GERAK mengesa semua skim perkhidmatan para pendidik (DG, DS, DH, DM, DU, DUG, DUF) ditambahbaikkan agar kita dapat mereka yang terbaik untuk menjadi guru dan pensyarah. Guru dan pensyarah terbaik nescaya akan menghasilkan pelajar dan graduan yang terbaik untuk negara.

Rosli H Mahat
Setiausaha Agung
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
16 Julai 2016

No comments:

Post a Comment

Please provide your name and affiliation