Khabarnya ramai diantara kita tertekan oleh universiti kita untuk mengejar atau mengekalkan status Apex atau Research Universiti. Kita menghadapi tekanan amat berat untuk menambahkan penerbitan jurnal ISI. Penerbitan jenis lain dipandang rendah. Buku-buku tak main. Ini supaya universiti masing-masing nampak baik semasa audit RU tahun depan dan juga untuk ranking THES. Ada juga universiti sampai tidak lagi terima permohonan PhD/Master dari mereka dengan CGPA kurang dari 3.0. Pemohon PhD yang dah ada master pun tidak diterima jika CGPA masa undergraduate kurang dari 3.0. Nak jadi pensyarah bukan hanya perlu ada PhD tapi juga CGPA masa undergraduate mesti lebih dari 3.0. Tak boleh 'taubat' selepas dapat CGPA rendah.
Dimanakah dia kesarjanaan di universiti kita? Adakah perlu kita ikut telunjuk THES-QS, sebuah money-making, non-academic organisation?
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Malahan di UM misalnya telah ditetapakan KPI tahuan jounal ISI malah kenaikan pangkat juga adalah ISI. Yang menjadi tidak adilnya ialah ia terpakai kepada semua fakulti. Bukan semua fakulti yang boleh menerima pakai penerbitan ISI ini. Sebagai contohnya, fakulti undang-undang, penmgajian melayu, bahasa arab dll. Malahan jurnal ISI bagi fakulti undang-undang adalah terlalu sukar malahan MLJ yang menjadi panduan di Malaysia juga bukan ISI. Ini adalah sesuatu yang tidak adil jika penerbitan yang menjadi amalan di sains sosial hendak disamakan dengan penerbitan di fakulti sains semata-mata ingin mengejar ranking. Dimana jti diri kita kalau terlalu mengikut orang lain.
ReplyDeleteSetuju dengan komen di atas.
ReplyDelete