06 February 2009

Skim Perkhidmatan Pensyarah

Semasa sesi dialog Majlis Perdana Perkhidmatan Awam antara Pak Lah dengan kakitangan awam pada Rabu, 4 Febuari 2009 lepas, seorang ahli akademik telah menimbulkan mengenai Research U dan Apex U. Beliau telah menyatakan RU dan AU nampak gah dari segi peningkatan dana penyelidikan tetapi tidak ada banyak perubahan di aspek lain seperti skim perkhidmatan staf universiti. Bagi para akademik, mereka ditekan untuk membanyakkan penyelidikan dan banyakkan paper tetapi tidak diberi lebih banyak peluang dan ganjaran untuk naik pangkat. Ini bukan sahaja dihadapi oleh RU dan AU tapi juga universiti yang bercita-cita untuk jadi RU.

GERAK bercadang untuk menulis satu kertaskerja mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan pensyarah untuk diserahkan kepada Pak Lah dan KPT pada hujung bulan ini. Tolong beri pandangan dan cadangan anda untuk satu skim perkhidmatan pensyarah yang mampun menarik dan mengekalkan para akademik didalamnya.

Antara persoalannya ialah:
Perlukah diadakan skim perkhidmatan pensyarah yang berbeza untuk AU, RU dan U biasa?
Atau satu skim untuk semua?
Patutkah pensyarah AU dan RU mendapat ganjaran yang lebih?
Apakah ganjaran yang adil untuk pensyarah?

3 comments:

  1. Rosli H. Mahat, UMMonday, 16 February, 2009

    Mengadakan skim perkhidmatan pensyarah baru/berbeza untuk AU dan RU adalah tidak praktikel. Apa jadi jika sesebuah universiti hilang status AU dan RU? Apa yang hendak ditambahbaikkan mestilah di dalam kerangka skim perkhidmatan pensyarah yang sedia ada.

    Satu cara ialah semua pensyarah diberi elaun kritikel. Sekarang ini universiti telah menghasilkan lebih banyak kertas penyelidikan dari institut penyelidikan yang ada di Malaysia. Tidak adil pegawai penyelidikan dapat elaun kritikel tapi pensyarah tak dapat. RU bolehlah diberi 2X elaun kritikel dan AU 3X.

    Oleh sebab penekanan dan tekanan di RU dan AU untuk menghasilkan lebih banyak paper, maka peluang kenaikan pangkat mestilah di tambah. KPT mesti memperuntukkan lebih banyak post prof A dan prof B. Dicadangkan 1% staf akademik di sesuatu ipta diberi post prof A dan 2% prof B. Bagi RU pula, 2% prof A dan 4% prof B. Bagi AU, 3% prof A dan 6% prof B. Di peringkat universiti pula, bilangan AP dan prof C mesti tambah berkadaran dengan bilangan prof A dan prof B.

    ReplyDelete
  2. Selain daripada itu, perlu juga satu skim perkhidmatan dan juga kenaiakan pangkat yang sama. Ini kerana wujud peklbagai kriteria kenaikan pangkat yagn berbeza dan yang paling sukar adalah di UM yang memerlukan penerbitan ISI bagi semua fakulti sebagai kriteria utama. Perkara ini adalah amat menyusahkan lebih-lebih lagi fakulti-fakulti dari Sains Sosial. Malahan usaha kerajaan untuk memangggil balik ahli-ahli kademik kita dari luar negara untuk berbakti di negara sendiri juga mungkin akan berkubur. Bak kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

    ReplyDelete
  3. Mohon bantuan dan keprihatinan GERAK dan rakan-rakan sepejuangan membela nasib TUTOR yang telah dilantik ke PENSYARAH tetap tetapi tempoh perkhidmatan tutor tidak diambilkira untuk tujuan pencen. Perkhidmatan lain dalam JPA yang bertaraf SEMENTARA diambilkira untuk pencen, mengapa tidak perkhidmatan TUTOR? Terima kasih.

    ReplyDelete

Please provide your name and affiliation