19 December 2015

Kenyataan Akhbar GERAK tentang Perbicaraan Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan pada hari Selasa 15 Disember 2015 di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) adalah pertubuhan akademik yang mewakili kakitangan akademik dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Salah satu tujuan utama GERAK adalah untuk menjaga kepentingan professional para ahli dan kita dari awal lagi mempertahankan prinsip-prinsip asas kebebasan akademik. Perbicaraan Prof Azmi Sharom adalah serangan serius terhadap kebebasan akademik dan juga pencabulan kepada Syor UNESCO 1997 berhubung dengan kedudukan para pengajar dalam pendidikan tinggi. Selain dari kebebasan nurani, bersuara, berpersatuan dan bergerak, artikel 26 Syor UNESCO juga memberi para akademik “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial menerusi kebebasan bersuara dan pendapat tentang dasar-dasar Negara.”

Adalah menjadi dasar GERAK untuk mengekalkan dan menggalakkan kebebasan sepenuhnya  dalam usaha mencari jawaban, wacana,  pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, dan juga untuk melindungi mana-mana kakitangan akademik daripada pengaruh, dari dalam atau luar Universiti, yang akan menyekat kakitangan academik dalam melaksanakan kebebasan ini demi kepentingan ilmiah mereka.

Sebagai warganegara, pensyarah universiti harus mempunyai kebebasan yang sama seperti rakyat lain tanpa sekatan institusi atau tatatertib. Walau bagaimanapun, beliau harus berhati-hati bahawa ketepatan, kejujuran, dan maruah menepati dan sesuai dengan profesi akademik,  yang mana orang ramai akan menilai integriti beliau dan institusi beliau melalui prilaku dan ucapan mereka.

Kebebasan akademik bertujuan untuk melindungi perbezaan pendapat, perselisihan pandangan dan perdebatan – ia adalah penting kepada penciptaan,  penafsiran dan penyebaran ilmu. GERAK komited dalam mengakkan siasatan bebas dan akan menyokong kakitangan akademik yang mana kebebasan akademik mereka telah dicabuli.

Kami mengajak seluruh kakitangan akademik Malaysia yang punya nurani untuk bersama-sama menegakkan kebebasan akademik dan autonomi universiti. Kami akan mengambil tindakan yang sesuai pada masa hadapan dalam mengharungi ancaman terhadap kebebasan akademik dari dalam dan luar universiti .

WanAManan
Prof  Wan Manan  (http://blogakademikmalaysia.blogspot.my/)
Pengerusi,  Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) 15 Disember 2015


MOVE’s Press Statement on the Trial of Azmi Sharom under the Sedition Act on Tuesday, 15 December 2015 at the Session Court at Jalan Duta, Kuala Lumpur.

The Malaysian Academic Movement (MOVE) is an academic association representing faculty members from both public and private institution of higher learning in Malaysia.

One of the primary purposes of MOVE is to serve the professional interests of its members and we have long been committed to the fundamental principles of academic freedom. The current trial of Prof Azmi Sharom is a serious attack on academic freedom and also a gross violation of the 1997 UNESCO Recommendation concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel. Beside freedom of conscience, expression, association and movement, article 26 of the UNESCO Recommendation also confer on the academics the ‘right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies’.

It is the policy of MOVE to maintain and encourage full freedom within the law of inquiry, discourse, teaching, research, and publication and to protect any member of the academic staff against influences, from within or without the University, which would restrict the member’s exercise of these freedoms in the member’s area of scholarly interest.
As a citizen, a university lecturer may exercise the same freedoms as other citizens without institutional censorship or discipline. He or she should be mindful, however, that accuracy, forthrightness, and dignity befit association of the academic profession and that the public may judge that person’s integrity and the institution by the individual’s conduct and utterances.
Academic freedom is meant to protect dissent, disagreement, and debate—and is essential to the discovery, interpretation, and transmission of knowledge. MOVE is committed to free inquiry and will advocate for our members whose academic freedom may have been violated.
We urge all Malaysian academics with conscience to come together to uphold our academic freedom and autonomy.  We will take appropriate course of action in the near future counter further threats to academic freedom from within and without the university.


WanAManan
Prof  Wan Manan  (http://blogakademikmalaysia.blogspot.my/)
Chairperson, Malaysian Academic Movement (MOVE)   15th December 2015


No comments:

Post a Comment

Please provide your name and affiliation