Sarjana dan Kesarjanaan
(Buat Azmi Sharom)
Seorang sarjana
Dituntut berkata benar
Kerana kebenaran itu
Teras kepada tamadun
Dan harga diri.
Ilmu itu anak kepada pemikiran
Dididik untuk menjadi warga mulia.
Tafsiran itu dikutip
Dari kolam luas pengetahuan,
Ditimbang pada neraca hati dan akal
Supaya ilmu dapat menyumbang pada manusia.
Ini bukan taman politik
Dan halaman kuasa.
Muhammad Haji Salleh
12.12.15
*
Profesor Emeritus USM
Tokoh Akademik Negara 2008
Sasterawan Negara 1991
12.12.15
*
Profesor Emeritus USM
Tokoh Akademik Negara 2008
Sasterawan Negara 1991
No comments:
Post a Comment
Please provide your name and affiliation